Kata Ganti nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga)
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang      bercakap.
2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.

Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

  

DONGENG-DONGENG TENTANG BAHASA DAN DIALEK MELAYU 

                MOHD TARMIZI HASRAH (Ph.D) Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia
                 Bahasa Melayu ialah bahasa yang mudah Disebabkan bahasa Melayu ialah bahasa kacukan, maka ia sangat mudah dipelajari. Sebab, sistem dan struktur nahunya tidak kompleks. Misalnya, bahasa Melayu tidak ada penanda gender; kala pula tidak ditanda pada kata kerja, hanya menggunakan beberapa perkataan tertentu.
 Soalnya, benarkah demikian? Empat bukti sudah cukup untuk menafikannya: a. Bahasa Melayu telah dikesan wujud sejak abad pertama Masihi menerusi kerajaan Funan-Champa. Bikhu Buddha,  Tsing pernah mencatat mengenai bahasa Kunlun' pada abad ke-7 Masihi. b. c. Penemuan prasasti yang dipahat pada zaman Kedatuan Srivijaya. d. Kewujudan karya-karya tulis berbahasa Melayu menunjukkan bahasa Melayu tidak mempunyai struktur sesimpel bahasa kreol mahupun bahasa pijin.
  Dongeng-dongeng yang lain, ialah:
1. Bukan sahaja negeri dan negara, malah setiap daerah mempunyai dialek yang berbeza. Kes ini dapat dilihat di Semenanjung Malaysia. Di Sumatera, mungkin merupakan kekecualian. Ar
2. Dialek Melayu di pedalaman dialek pelik lagi aneh Perlu dilihat sebagai dialek yang tidak berkaitan dengan dialek di kawasan pekan dan bandar. - Dialek di kawasan pedalaman dan hulu perlu dilihat dengan kaca mata Neolinguistika dan tipologi sosiolinguistik. - Neolinguistika: dialek pedalaman waris langsung bahasa purba. Tipologi sosiolinguistik: dialek pedalaman - dialek yang memiliki sistem linguistik yang kompleks. 



ความคิดเห็น

โพสต์ยอดนิยมจากบล็อกนี้

Kata nama คำนาม

Persamaan dan perbezaan kebudayaan Thailand dan Malaysia

Kata Tukas คำบุพบท