Persamaan dan perbezaan kebudayaan Thailand dan Malaysia
Persamaan dan perbezaan kebudayaan Thailand dan Malaysia
Hubungan Malaysia-Thailand merujuk kepada hubungan
politik, ekonomi dan sosial di antara dua negara, Malaysia dan Thailand, yang
berkongsi sempadan daratan dan lautan. 4 wilayah Thailand yang bersempadan
dengan Malaysia ialah Satun, Songkhla, Yala dan Narathiwat.
Saiz negara Thailand jauh lebih besar daripada Malaysia. Thailand
terletak di utara Malaysia. Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Patani,
Yala dan Narathiwat. Mereka juga beragama Islam sekali gus memudahkan pelancong
Malaysia mencari makanan halal.
Persamaan
1. Keduanya merupakan
negara anggota ASEAN
2. Kedua-dua negara
terletak di Asia Tenggara.
3. Kedua-dua negara
memiliki kekayaan budaya yang beragam.
Perbezaan
1. Malaysia pernah
dijajah oleh Inggeris, sementara Thailand tidak pernah dijajah oleh mana-mana
negara.
2. Masyarakat Malaysia
majoritinya beragama Islam, sementara majoriti penduduk Thailand beragama Buddha.
3. Secara politik, Raja
merupakan tonggak negara Thailand. Sementara Malaysia di bawah pentadbiran
Perdana Menteri.
Pakaian kebangsaan
Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju
kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh,
kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat
tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti
songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau
tudung kepala Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu.
Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian
ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.
Pada awalnya, Thailand tidak memiliki
busana tradisional. Lalu semuanya berubah ketika pada tahun 1960, Raja Bhumibol
Adulyadej melakukan perjalanan ke sebahagian negara Eropah dan juga ke Amerika
Serikat. Ratu Sirikit yang menemani perjalanan tersebut memutuskan bahwa
Thailand memerlukan busana tradisional untuk dipakai ketika mengelilingi dunia.
Ratu Sirikit kemudian membuat beberapa rekaan busana tradisional. Akhirnya pada
tahun 1964, diluncurkan secara rasmi busana tradisional Thailand yang disebut
Chut Thai. Ada 8 Chut Thai yang berbeza untuk kaum wanita dan satu busana untuk
kaum lelaki yang disebut phraratchathan.
Makanan
Asam pedas atau dalam Bahasa Thai dipanggil kengsom. Bahan-bahan semua yang bersama tetapi Thai pedas dan lebih
masam.
https://www.google.com/search?rlz=1C1GCEA
Petai
Orang Malaysia makan dan memasak petai dengan kulit kerana ia dipercayai dapat membantu mengurangkan bau petai dan sebagai ubat. Tetapi orang Thai tidak makan petai bersama kulit.
Seni
Persembahan Rakyat
·
Malaysia
· Thailand
https://www.google.com/search?rlz
Wayang kulit merupakan sejenis hiburan
pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang
(kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung
kepada tempat asal mereka. Wayang Kulit dari segi rekod bertulis berasal dari
China, sejak Dinasti Han.
Ia
merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Indonesia, Thailand, dan
Malaysia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand, Jawa dan di sebelah timur dan utara semenanjung
Malaysia seperti di Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu.
·
Malaysia
Thailand
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling
digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Dikir barat wujud dalam
kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Dikir
barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan.
Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga
di majlis perkahwinan. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir Pantun dan
Dikir Syair adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih
terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Teko basuh tangan
Hampir setiap gerai makan di Malaysia menyediakan teko basuh tangan
yang diletakkan di atas meja. Pelanggan akan mencuci tangan sebelum dan selepas
makan. Tetapi di Thailand teko ini tidak digunakan untuk mencuci tangan
sebaliknya diletakkan air minuman. Benda yang sama, tetapi penggunaannya
berbeza.
orang Malaysia makan guna tangan
https://www.google.com/search?q=makan+dengan+tangan&rl
Kenapa orang Malaysia makan guna tangan
Pasti ada sebab yang munasabah masyarakat Melayu dan India dahulu kala makan dengan tangan. Tidak mungkin kita masih mengamalkan amalan tersebut jika amalan itu dianggap sebagai kolot dan tidak bertamadun. Memang betul! Makanan dengan tangan terbukti memberi kebaikan dan manfaat tersendiri. Bukan setakat satu, malah ada 4 kebaikan yang disenaraikan di bawah:
1. Naluri
Makan dengan tangan merupakan sesuatu yang datang dengan naluri. Penggunaan sudu dan garfu merupakan alatan yang dicipta untuk menandakan ketamadunan manusia sejajar dengan peredaran masa. Namun begitu, makan dengan tangan tidak semestinya menandakan hal tersebut.
Banyak tamadun-tamadun besar dalam sejarah adalah di Asia dan kebanyakan daripada tamadun tersebut mengamalkan makan dengan tangan. Lagipun, makanan terasa lebih enak dan sedap dimakan apabila makan dengan tangan.
2. Meningkatkan penghadaman
Makan dengan tangan bagai memberikan penanda pada perut anda iaitu rasa lapar yang menggigit anda akan hilang selepas ini. Tangan merupakan sambungan luaran untuk sistem penghadaman anda. Jutaan saraf di hujung jari anda akan menghantar pesanan anda akan makan termasuklah memberitahu maklumat mengenai suhu makanan, tahap kepedasan dan sebagainya supaya perut anda bersiap sedia menerima makanan tersebut. Selain itu, enzim pada tangan akan membantu dalam penghadaman perut anda.
3. Lebih peka
Kebanyakan pakar menyatakan kepentingan untuk bertenang dan hadirkan diri semasa waktu makan. Jika anda makan dalam keadaan yang tenang, proses penghadaman anda dapat dioptimumkan dan membantu anda daripada makan secara berlebihan.
Anda pasti pernah berada dalam situasi yang mana anda sedang makan sambil menonton TV, anda makan 3 pinggan nasi pun rasa tak kenyang. Luangkan masa intim bersama makanan anda dan rasa lebih terhubung dengan makanan anda apabila makan dengan tangan.
4. Menggunakan kesemua deria
Terdapat pendapat yang mengatakan makanan perlu dinikmati dengan semua deria kita dan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut. Ada kebenaran pada kata-kata tersebut. Dengan bau makanan, rasa dan tekstur makanan yang anda makan, anda akan lebih menghargai dan menikmati makanan anda.
ความคิดเห็น
แสดงความคิดเห็น